Thursday, March 31, 2022

KEM TRANSFORMASI KEPIMPINAN MPP 2022

 

Sekitar Program Kem Transformasi Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar PMS 2022 yang berlangsung pada 25-27 Mac 2022 yang bertempat di King Fisher Resort, Hulu Langat, Selangor. Antara objektif program ini adalah untuk membentuk daya kepimpinan yang berkualiti, kerjasama dalam satu pasukan yang baik, pengurusan masa yang praktikal dan meniupkan semangat motivasi untuk berbakti serta membentuk individu yang berkeyakinan dan berketerampilan.



KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS PMS 2022

 

Keputusan Pilihan Raya Kampus PMS 2022 telah diumumkan oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Che Alias Bin Mohd Yusof, jam 4.00 petang bertempat di Dewan Kuliah Utama PMS. Dalam ucapannya, Tuan Pengarah sempat memberi kata-kata semangat kepada tampuk kepimpinan MPP yang baharu. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada tahun hadapan. Turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik serta Ketua-ketua Jabatan Akademik. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.




PERATUSAN MENGUNDI PRK MPP PMS 2022


Berikut adalah data mengundi yang dipungut pada hari pengundian mengikut Jabatan Akademik pada hari pengundian tersebut dijalankan.



PERSEDIAAN PILIHAN RAYA KAMPUS PMS

 

Pilihan Raya Kampus bakal diadakan pada 24 Mac 2022 di Politeknik Muadzam Shah. Pilihan Raya ini dijalankan serentak pada tarikh tersebut di seluruh Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. Seramai 45 orang calon yang akan bertanding dalam pilihan raya pada kali ini yang mana 37 orang calon yang akan bertanding pada kerusi Umum dan 8 orang calon akan bertanding pada kerusi Jabatan. Selamat menunaikan tanggungjawab buat semua pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti. Pilihan yang tepat menjamin masa depan anda.

Berikut adalah surat pemakluman tarikh pilihan raya kampus politeknik dan kolej komuniti Malaysia pada tahun 2022 yang dikeluarkan oleh JPPKK.

https://drive.google.com/file/d/1uZyU3_Olqm0x2tXnf_nYdSVL1-FZitdm/view?usp=sharing

SELAMAT MENGUNDI 2023

  Selamat mengundi kepada 125,835 orang pelajar POLYCC untuk Pipihanraya Kampus yang dijalankan serentak di Politeknik dan Kolej Komuniti di...