Tuesday, February 21, 2023

SELAMAT MENGUNDI 2023

 

Selamat mengundi kepada 125,835 orang pelajar POLYCC untuk Pipihanraya Kampus yang dijalankan serentak di Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh negara pada 22 Februari 2023. Selamat maju jaya diucapkan kepada calon-calon yang bertanding.

Tuesday, January 10, 2023

SELAMAT TAHUN BARU 2023

 

Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023 kepada semua warga Politeknik Muadzam Shah. Hari berganti, bulan berganti. Tahun bary dan tentunya disertai dengan semangat yang baru.

Tuesday, October 11, 2022

POLY GOT TALENT 4.0

 

Majlis Perwakilan Pelajar akan mengadakan Program Poly Got Talent 4.0 bagi mencari pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang-bidang yang dinyatakan. Semua pelajar dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.

SPEARHEADING TVET STUDENT LEADERSHIP WORKSHOP

 

29 September 2022 - 1 Oktober 2022 : Majlis Perwakilan Pelajar PMS telah menghantar wakil seramai 15 orang untuk menyertai Program Spearheading TVET Student Leadership Workshop Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran dan kelolaan BAPP JPPKK dengan kerjasama Politeknik Mersing Johor, Politeknik Muadzam Shah dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah bertempat di Tanjung Genting & Campsite, Mersing, Johor.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Modul Kepimpinan, Modul Komunikasi, Kembara Pulau dan sebagainya. Semoga dengan adanya program seperti ini MPP dapat mencipta pelbagai modul bagi aktiviti pelajar di Politeknik.




Thursday, June 23, 2022

PRESIDEN MPP POLITEKNIK KEBANGSAAN

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada saudara YDP MPP PPD Muhammad Amir Firdaus bin Mohd Yuslin atas kejayaan menyandang jawatan sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kebangsaan (MPPK) 2022/2023.

Sunday, June 19, 2022

JOM BELAJAR BAHASA ISYARAT

 

17 Jun 2022 - Program Jom Belajar Bahasa Isyarat yang berlangsung di Dewan Sri Gading PMS dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan keperluan komunikasi tanpa halangan dalam semua bidang antara satu sama lain. Akhir sekali memlalui program ini pelajar dapat menyebarkan kesedaran ilmu bahasa isyarat yang dipelajari kepada mahasiswa dan mahasiswi.




SELAMAT MENGUNDI 2023

  Selamat mengundi kepada 125,835 orang pelajar POLYCC untuk Pipihanraya Kampus yang dijalankan serentak di Politeknik dan Kolej Komuniti di...